Monday 13 May 2013

Masa lalu hanya tempat untuk di lawati bukan di diami :)


Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dariepisod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Thursday 2 August 2012

SAHABAT

( ♥ )Apabila kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau akn menjauhinya,

( ♥ )Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikannya,kerana mngkin dengan satu keburukan,kau akan membencinya,

( ♥ )Andai kau ingin sahabat yg satu,janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkin akn mmfitnahnya,

( ♥ )Andai kau ingin seorang kawan,janganlah keran
a sifat cerianya,kerana adai dia tdk pdai mnceriakan,kau mngkin akn mnyalahinya,

( ♥ )Andai kau ingin bersahabat,terimalah dia seadanya,kerana dia seorang sahabat yg hnya mnusia biasa,jgn dhrpkan smuanya smpurna kerana kau jga tdk sempurna,tiada yg biasa2 mnjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah SWT..

Tuesday 29 May 2012

Nasihat Untuk Jiwa





Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerna kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.
Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan
Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.
Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.
Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran !
Jiwaku mahu sahabat – sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasayang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.
Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.
Moga nasihat dari jiwa ini memberi kesan kepada diriku dan sahabat – sahabatku.
Moga Allah redha.

Tuesday 1 May 2012

Tentang Cinta


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!

Dalam Diam Aku Mencintai Dirinya ~


“Cinta itu buta dan boleh membutakan..Bahawasanya kadang-kadang akal dan perasaan bercampur aduk tak tentu arah. Bahawa saya juga bukan manusia luar biasa.
Bahawa saya juga tidak bisa berlagak pandai sepanjang waktu, setiap hari. Bahawa saya juga punya kebodohan yang kadang-kadang susah untuk diterima dek akal.
Bahawa dengan segala kekurangan yang ada, saya cuma berani mencintai dia dalam diam. Bahawa saya bersedia membayar harga dari mencintai seseorang. Bahawa saya bersedia menanggung rasa sakit yang luar biasa. Bahwa saya mampu untuk tetap hidup meski rasa perih terus menjalar. Bahawa saya masih memiliki rasa takut akan kehilangan dalam hidup.Jadi saya biarkan saja perasaan cinta itu tumbuh mekar tanpa dia mengetahuinya…
Dan sehingga saat ini saya masih tak mampu membuka pintu hati untuk orang lain kerana saya mencintai dia yang tidak sedar akan hakikat saya mencintainya dalam diam…”

Diam Itu Terbaik ~


Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

Tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
Kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap diterjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..
Justeru..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM ~

Sunday 29 April 2012

Pesan Buat Diri


Hidup tidak selalu indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Jadilah rumput yang lemah-lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai
Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-Nya
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
suburkanlah sifat sabar 
di dalam jiwamu
Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan
——————————————————–—————————
Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan di hatiku~
———————————————————————————–